Labur Saham Syariah & Lain-Lain Cara Melabur

Walaupun dalam jumlah yang sangat kecil, pelaburan yang dibuat dengan baik boleh menjana keuntungan yang besar. Artikel ini berkongsi beberapa cara anda boleh mula melabur dengan modal pemula yang rendah hari ini, termasuklah labur saham syariah.

Ramai yang kata, bila sebut perkataan “pelabur”, kita akan membayangkan seseorang dengan pakaian formal dan memantau transaksi berjuta-juta ringgit di pasaran saham. Tapi, ini bukanlah realitinya. Anda tidak perlu menjadi Wolf of Wall Street untuk memulakan pelaburan. Walaupun anda hanya mempunyai modal yang sedikit untuk bermula, jangan risau kerana ia boleh berkembang melalui “compounding”. Yang penting adalah konsisten dalam pelaburan!

Jika modal pemula anda terhad, pastinya mengumpul modal adalah satu keutamaan. Kunci untuk membina kekayaan adalah dengan memupuk tabiat baik seperti menyimpan wang setiap bulan secara konsisten. Cara nak jimat? Senang saja! Contohnya, kalau anda suka minum kopi premium di cafe, ubah tabiat kepada bancuh kopi sendiri di rumah. Setelah anda mempunyai lebih banyak wang untuk dijadikan modal, anda boleh mula melabur.

Labur Saham Syariah

Pautan untuk belajar saham: https://labursahamsyariah.com/

Pada hari ini, anda boleh mendapatkan macam-macam hanya melalui telefon pintar. Melabur pun sama! Sekiranya anda dapat mengautomasikan bil anda, mengapa tidak pelaburan anda? Inilah betapa mudahnya untuk melabur.

Dengan akaun penasihat robo atau simpanan, anda boleh menjana wang anda semasa bermain. Dengan aplikasi perdagangan saham, anda boleh melabur dengan modal yang sedikit dan di samping belajar tentang pelaburan yang boleh menjadi satu ilmu yang cukup berharga pada masa yang sama.

Apabila sudah nampak hasilnya, anda pasti akan menjadi ketagih untuk melabur lebih banyak!

Berikut adalah cara mudah untuk bermula:

Tingkatkan Modal Terlebih Dahulu

Menyimpan dan melabur sebenarnya berkait rapat. Untuk melaburkan wang, anda mesti menyimpan lebih banyak wang dahulu. Itu akan memakan masa, tapi anda boleh melakukannya dengan mengambil langkah yang sangat mudah. Sekiranya anda tidak pernah berjimat, anda boleh mulakan dengan menyimpan hanya RM10 setiap minggu. Itu mungkin tidak banyak, tetapi selama setahun, ia sudah mencapai RM500.

Sekiranya pendapatan anda benar-benar terhad, mulakan dengan jumlah yang kecil seperti ini, dan kemudian tingkatkan apabila anda semakin selesa dengan prosesnya atau mampu menjana pendapatan tambahan. Contohnya, setiap kali anda memutuskan untuk tidak pergi ke McDonald’s atau menonton wayang, masukkan wang itu ke dalam simpanan untuk pelaburan.

Nak Melabur Tapi Tak Cukup Ilmu? Jawapannya Robo Advisor

Penasihat Robo (robo advisor) sudah mendapat tempat di dalam industri pelaburan kira-kira sedekad yang lalu yang menjadikan pelaburan jauh lebih mudah. Melalui robo advisor, anda tidak memerlukan pengalaman pelaburan yang mendalam, kerana penasihat robo yang akan menggunakan algoritma untuk melabur bagi pihak anda.

Robo advisor berfungsi dengan cara mengemukakan beberapa soalan mudah untuk menentukan matlamat dan toleransi risiko (risk tolerance) terlebih dahulu. Kemudiannya, ia akan melaburkan wang anda dalam portfolio saham dan bon kos rendah yang pelbagai. Robo advisor ini kemudiannya menggunakan algoritma untuk terus mengimbangi portfolio anda untuk mendapatkan keuntungan dengan selamat.

Sebenarnya, ini adalah cara yang sangat mudah untuk memulakan pelaburan jangka panjang. Sebilangan besar penasihat robo memerlukan hanya RM500 atau kurang untuk mula melabur dan mengenakan yuran yang sangat sederhana berdasarkan saiz modal anda. Semua menawarkan rancangan pelaburan automatik untuk membantu meningkatkan keseimbangan risiko pelaburan.

Sekiranya ada kelemahan yang perlu diketahui tentang robo advisor, itu adalah kosnya, di samping kadar keuntungan. Penasihat Robo mengenakan yuran tahunan yang sama dengan peratusan kecil baki anda. Purata industri adalah sekitar 0.25%. Oleh itu, jika anda melabur RM10,000, anda akan membayar RM25 setahun. Itu bukan bukanlah jumlah yang banyak, tetapi ia akan bertambah jika saiz modal anda adalah enam atau tujuh angka.

Dari segi keuntungan pula, robo advisor boleh dikira sebagai satu kaedah pelaburan yang telah di “sanitised”. Ini bermaksud untuk memastikan risikonya rendah, jenis pelaburan yang dibuat juga tidak akan mampu mencapai pulangan tahunan melebihi satu angka.

Nak Yang Lebih Untung? Labur Saham Syariah

Dengan modal yang kecil, anda juga boleh mula melabur di pasaran saham. Ketika melabur di pasaran saham, kos sering menjadi penghalang untuk ramai orang. Tetapi, ia bukanlah lagi masalah pada hari ini. Kehadiran teknologi dan internet telah memudahkan pengguna untuk bermula dengan modal yang sangat sedikit. Ini bermakna anda boleh memasukkan serendah RM100 untuk membiasakan diri dengan pelaburan sebelum membuat komitmen yang lebih besar. Ini adalah kaedah terbaik untuk belajar mengenai pelaburan sambil meletakkan risiko wang yang sangat sedikit.

Hari ini, terdapat banyak pilihan yang telah membuka pintu kepada generasi pelabur baru, membolehkan anda memulakan aktiviti pelaburan dengan amat rendah tanpa mengenakan komisen dagangan. Selain itu, kemampuan untuk melabur dalam syarikat dengan pecahan / sebahagian saham juga telah mengubah landskap pelaburan. Dengan pecahan saham, ini bermakna anda dapat mempelbagaikan portfolio anda lebih banyak lagi sambil menjimatkan wang. Daripada melabur dalam bahagian penuh sesebuah syer, anda boleh membeli sebahagian kecil daripada saham tersebut. Sekiranya anda ingin melabur dalam saham dengan harga tinggi seperti Apple, anda boleh melakukannya dengan harga beberapa dolar dan bukannya mengeluarkan harga untuk satu bahagian penuh. Mudah, bukan?

Tapi, kalau anda mempunyai jumlah modal yang cukup baik, seperti 4 atau 5 angka, anda mungkin ingin terus melabur di dalam sesebuah syarikat secara syer penuh. Sebenarnya, ada kaedah yang selamat untuk melakukannya, iaitu, dengan cara value investing. Melalui kaedah ini, anda boleh menganalisa syarikat yang berdaya saing yang boleh memberikan potensi keuntungan yang tinggi melalui capital gain mahupun dividen. Berminat nak belajar tentang cara labur saham syariah dengan kaedah yang mudah? Anda boleh hadir ke bengkel saham daripada labursahamsyariah.com.

Semoga Berjaya!

Itu sahaja maklumat yang ingin dikongsikan di dalam artikel tentang labur saham syariah ini. Semoga anda berjaya di dalam pelaburan anda!